Friday 4 July 2014

RAWATAN SELEPAS BERSALIN

Posted by Chempaka Beauty at 05:44
PERKHIDMATAN DI RUMAH UNTUK PERAWATAN KETIKA PANTANG BERSALIN

Penjagaan ketika dalam pantang adalah sangat penting bagi wanita . Mereka yang sangat menitikberatkan penjagaan dalam berpantang akan dapat merasai perubahan yang sangat ketara sekali terutama sekali bahagian dalaman wanita itu. Walau semoden mana kita jangan ambil mudah dengan penjagaan ini. Ini kerana kebahagian rumahtangga itu juga terletak pada keazaman kita menjaga tubuh kita sendiri.

 Perawatan Tradisional Melayu adalah Rahsia Khazanah turun -temurun yang mengamalkan penjagaan kesihatan yang lengkap baik dari segi luaran mahupun dalaman. Herba dan rempah ratus yang mempunyai pelbagai rahsia serta khasiat  yang tersendiri.

Perawatan Ibu dalam pantang bersalin adalah seperti berikut:

 1. Urutan selepas bersalin

 2. Bertungku

 3. Mandian herba/rempah ratus

 4.Lulur Herba

 5, Berbengkung/Berbarut

 

Urutan selepas bersalin

Urutan selepas bersalin dengan menggunakan minyak lavender/minyak bunga matahari akan dapat meredakan keletihan, melembutkan urat saraf, serta melegakan ketegangan otot. Disamping itu juga minyak ini akan dapat menjadikan kulit anda lembut dan licin kerana minyak ini adalah pelembap bagi kulit.

Bertungku.

Bertungku adalah salah satu cara yang sangat baik bagi mengeluarkan sisa-sisa darah kotor/darah nifas, Darah-darah ini perlu dikeluarkan sepenuhnya bagi mengelakkan berlakunya jangkitan ataupun kenser akibat darah yang tidak diperlukan oleh badan. Di samping itu juga , tuaman batu tungku ini  akan dapat memecahkan lebihan minyak, mengempiskan perut, melancarkan keluaran darah nifas dan juga mengatasi sumbatan angin.

Mandian herba/rempah ratus

Tujuan untuk mandian herba/rempah ratus ini bagi menghangatkan kembali badan dan juga menyegarkan badan akibat keletihan.Mandian ini dilakukan bagi membetulkan balik penjalanan darah supaya tidak beku dan tersumbat.

Lulur Herba

Lulur Herba dilakukan bagi membuang daki-daki badan dan disamping melicinkan kulit. Dengan lulur herba anda akan mendapati yang badan anda akan kembali lembut, gebu, segar dan tegang. Ianya juga akan dapat menghindari daripada angin sejuk yang meresapi liang roma

Berbengkung/Berbarut.

Salah satu cara yang cepat untuk mengempiskan perut yang mengeleber akibat mengandung. Berbengkung  sangat disarankan bagi  kelangsingan badan anda ke arah mencantikkan dan juga awet muda.

0 comments:

Post a Comment

 

Terra Terra Massage & Therapy Centre Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Bread Machine Reviews | Surviving Infidelity by Blogger Templates