Thursday 20 November 2014

KAMI TAU APA YANG ANDA MAHUKAN

Posted by Chempaka Beauty at 10:22 1 comments

Tuesday 22 July 2014

KEGUGURAN DAN PANTANG

Posted by Chempaka Beauty at 23:55 0 comments

Apa itu keguguran?

Keguguran adalah keadaan dimana akan dianggap lebih serius daripada keadaan kelahiran. Mengikut ilmu perbidanan Melayu penjagaan bagi mereka yang mengalami keguguran ini sama penting dengan penjagaan mereka yang melahirkan. Ini kerana keguguran bolehlah diumpamakan dengan dengan buah yang gugur sebelum masak dan kesannya amatlah tidak menyenangkan dimana mudah diserang angina gugur atau dikenali dengan angin jahat.

Apa itu angin gugur?
Angin gugur adalah angina yang akan menyerang si ibu selepas keguguran yang akan mengakibatkan si ibu mudah terdedah dengan bermacam masalah antaranya alahan makanan dan juga persekitaran.

Apa itu bisa keguguran?
Bisa keguguran adalah rasa sakit yang tajam dan berdenyut dibahagian ari-ari, pinggang dan juga sendi akibat keguguran tersebut.

Bagi angin gugur pula ianya akan menjadi pembawa bisa keguguran yang akan sentiasa terperap di dalam urat sarat sehingga si ibu hamil semula dan melahirkan barulah dia akan sembuh. Penyakit angin gugur ini tidak akan dapat diubati walaupun menggunakan keadah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malahan  angin ini dipercayai akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&c, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.
Lagi memburukkan keadaaan bilamana si ibu yang keguguran tidak merawat diri dan sisa-sia cebisan darah serta lender daripada janin dan juga sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Jika keadaan ini berlarutan maka si ibu yang keguguran akan menghadapi masalah angina toksik yang akan mengakibatkan keracunan darah akibat infeksi dibahagian peranakan. Masalah keracunan darah akan dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dapat dilakukan dengan telitidan sempurna.

Penjagaan yang cukup rapi diperlukan bagi mengatasi masalah angina merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dapat dibersihkan dengan rapi, semua toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Selalu terjadi si ibu akan mengalami deman panas sehingga boleh mengakibatkan terkancing gigi apabila tidak berpantang dalam soal pemakanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Banyak petua-petua orang-orang Melayu yang boleh digunakan semasa penjagaan dalam keguguran. Bagi si ibu yang keguguran, cara penjagaannya adalah berlainan dengan si ibu yang melahirkan. Si ibu ini tidak boleh dirawat secara panas atau sejuk sama ada dari segi perubatan maupun pemakanan. Penjagaan ibu keguguran tidak mudah jika tiada pengetahuan dan juga pengalaman.

Ramai  wanita moden zaman sekarang terlalu ambik mudah tentang kejadian keguguran. Kerana sifat jahil dan juga tidak mengambil kisah tentang penjagaan diri selepas keguguran dan menganggap yang penjagaan dalam keguguran tidak begitu penting.   Penjagaan ilmu keguguran akan mempercepatkan proses pemulihan “penyakit melanuih keguguran” seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormone, bengkak dan bisa otot peranakan,bisa-bisa tumit betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam tidak kebah, dan kurang nafsu untuk berjimak.

Tempoh berpantang untuk keguguran
Mengikut petua orang Melayu, terdapat pelbagai pantang larang ibu keguguran dari segi pemakanan dan cara hidup harian. Berpantang ibu bersalin ditamatkan mengikut jangkamasa keguguran. Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang.

Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari. Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

Pantang larang Keguguran
Masyarakat Melayu tradisional mengenakan pelbagai pantang larang kepada wanita yang keguguran. Dipercayai jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala. Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam beliau mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil.

Bagaimanapun, pantang larang yang terutama ialah tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.

Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti mengelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung. Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu. Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan,budu,cencaluk dan ikan masin.

Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.

Jenis-Jenis Keguguran

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, ada pelbagai jenis keguguran yang dapat dikesan dan dikenali. Antaranya disenaraikan seperti yang berikut ini.

Gugur Ugut

Gugur ugut (threatened abortion) atau dikenali juga sebagai gugur terancam, sering berlaku pada rahim yang lemah, seperti pintu rahim yang mudah terbuka apabila kehamilan berlaku dan kedudukan yang tidak mantap di dinding rahim. Keguguran jenis ini juga berpunca daripada ketidakseimbangan suhu badan, kelemahan darah, muntah yang kronik sehingga memberi tekanan di bahagian ari-ari atau ibu terjatuh dalam posisi yang boleh menyebabkan gugur ugut.

Gugur berlaku dengan keluaran tompokan darah pekat berwarna merah coklat, tanpa rasa sakit. Darah sering keluar setaip kali ibu bergerak. Petua Melayu mengesyorkan ibu hamil mengamalkan air bunga tanjung (lotus) atau herba hiya (artemisia bulgaris) sebagai membantu menghentikan berlakunya gugur ugut. Lazimnya, ibu yang kerap mengalami gugur pada setiap kehamilan disyorkan mengambil air rebusan bunga tanjung sebagai amalan harian untuk memantapkan kedudukan janin dan mencegah berlakunya gugur ugut.

Gugur Bentan

Jikalau gugur berlaku pada kehamilan tiga bulan ke atas, ia dikenali sebagai gugur bentan (inevitable abortion). Keguguran ini akan mengakibatkan tumpah darah. Ibu hamil akan terasa sakit seperti kontraksi di bahagian rahim atau ari-ari sehingga ke cawan muka di bahagian pinggul. Kesakitan ini seakan sakit senggugut yang serius atau sakit bersalin. Kesakitan ini adalah kerana janin telah membentuk dan mengeras, serta disalurkan dengan urat saraf ibu. Tumpah darah yang diikiuti dengan kesakitan ini boleh menyebabkan ibu menjadi lemah sehingga gelap mata atau pengsan. Mengikut ilmu perbidanan Melayu, gugur bentan ini berpunca daripada rahim yang kedudukannya telah lari termasuk ke bawah tulang kajang. Rahim tidak dapat membesar bersama janin. Apabila janin semakin membesar, rahim yang tidak dapat menimbul akan tertekan oleh tulang kajang dan gugur bentan akan berlaku. Perkara tersebut lazimnya berlaku kepada ibu yang biasa jatuh terhempap kuat di bahagian punggung, yang mungkin meyebabkan kecacatan posisi rahim.

Ada juga kejadian gugur gara-gara ibu yang ingin menjarakkan kehamilannya melalui urutan yang tersalah cara. Akibatnya mulut rahim terkalih dari posisi yang bertentangan dengan pintu faraj, sehingga berlakunya posisi yang songsang atau rahim terbenam di dalam salur bawah tulang kajang.

Gugur Sangkut

Dalam gugur sangkut atau gugur tak sepenuhnya (incomplete abortion), tumpah darah yang banyak akan berlaku berlarutan sehingga beberapa hari. Keadaan ini menandakan masih ada baki tisu janin atau tisu uri yang tertinggal di dalam rahim. Rahim akan membengkak dan mulutnya terbuka luas. Keadaan ibu akan kelihatan pucat dan lemah, bahagian ari-ari atau rahimnya tidak boleh disentuh walau dengan cara lembut kerana terlalu sakit.

Jika dibiarkan, lama-kelamaan ibu tidak boleh berjalan lurus kerana terlalu sakit di bahagian tersebut dan sentiasa berbongkok menahan sakit. Adakalanya jika rumah berlantaikan papan, kesan tapak kaki berjalan pun mencetuskan jeritan kesakitan daripada ibu tersebut.

Gugur Sawan Atau Gugur Keracunan


Gugur sawan (septic abortion) berlaku apabila ibu hamil mengeluarkan darah berbau busuk dan mengandungi nanah, yang mana rahimnya dikatakan mengalami keracunan. Keadaan rahim akan membengkak dan mengeras menyebabkan ibu mengalami demam panas yang serius. Demam tersebut boleh membuatkan ibu menggigil sehingga terkancing gigi dan mata berpusar seperti keadaan penyakit tarik.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, disyorkan pelbagai rumusan herba untuk membantu membersihkan angin dan darah yang keracunan dalam sistem peranakan.

Gugur Bangkai Atau Kecacatan Kehamilan


Mengikut ilmu perbidanan Melayu, kandungan yang tidak membesar serta janin tidak bernadi menandakan kecacatan kehamilan. Tetapi janin yang mati itu disaluti dengan pendarahan dalaman rahim yang merupakan sebentuk gumpalan isi serta darah.

Keguguran ini berlaku apabila terdapat keluaran ketulan darah beku berwarna merah tua, disusuli dengan cebisan-cebisan isi. Kejadian ini dikenali sebagai gugur bangkai (missabortion). Ibu yang mengalami keadaan ini akan sentiasa pening atau sakit kepala dan loya yang serius.

Gugur Badai Atau Gugur Berulang

Mengikut tafsiran perbidanan Melayu, wanita yang sering mengalami keguguran atau gugur berulang kali, dikenali sebagai gugur badai (recurrent abortion). Wanita tersebut dikatakan mengalami kelemahan rahim, terutama di bahagian leher dan mulut rahim, yang mana anggota itu tidak dapat memegang atau memikul kehamilan dengan kuat.

Setiap kali pergerakan kuat berlaku atau mengalami keletihan yang amat sangat, ibu menghadapi risiko keguguran. Akibat kerap gugur, ibu hamil itu walaupun diberi sepenuh rehat tanpa banyak pergerakan termasuk berjimak, keguguran masih juga boleh berlaku. Mengikut kefahaman lama, ibu ini bermasalah penyakit deria rangsang wanita, iaitu ketidakseimbangan hormon. Penyakit deria rangsang wanita ini dapat menyebabkan pelbagai masalah, satu daripadanya ialah gugur badai.

Gugur Paksa

Gugur paksa atau mengeluarkan janin dengan cara paksa dari rahim telah lama dipratikkan oleh masyarakat berbilang bangsa. Perkara yang terkutuk, bercanggah dengan prinsip kemanusiaan dan diharamkan oleh agama ini masih berleluasa dilakukan dengan pelbagai kaedah, asalkan pengguguran itu berjaya.

Gugur paksa merupakan perkara yang amat sensitif dalam kalangan masyarakat. Perbuatan hina ini bukan topik yang dibualkan secara terbuka, terutama pada zaman dahulu. Sebaliknya kebanyakan keguguran semulajadi yang berlaku diterima sebagai suratan takdir.

Gugur paksa pula amat dirahsiakan kerana masyarakat Melayu tidak menerimanya walaupun dilakukan dengan tujuan untuk membantu mangsa rogol atau wanita yang dianiaya. Jikalau gugur paksa diketahui ramai, mangsa rogol itu akan dihina masyarakat dan menjadi buah mulut.


Berpantang Sepanjang Masa

Penyakit atau masalah keguguran akan hilang atau sembuh selepas berlakunya kehamilan kembali. Namun, bagi mereka yang keguguran dan tidak hamil lagi, mereka perlu mengawasi pemakanan dengan menjauhi benda-benda yang dilarang sampai bila-bila.

Ini kerana apabila dimakan, walaupun sedikit, mereka akan mendapat kesan sampingan yang akan melemahkan tubuh atau mengakibatkan penyakit bisa otot dan sendi. Apalagi kalau dimakan secara berlebihan, akan menjadi punca penyakit angin pasang atau barah angin. Sebagai mengatasi penyakit akibat keguguran, rawatan dan pemakanan secara tradisional mesti diamalkan. InsyaAllah mereka yang mengalaminya akan kembali pulih ataupun sekurang-kurangnya kesan penyakit tersebut dapat dikurangkan.

Angin Pasang - ialah angin beracun yang juga dikenali angin jahat.

Barah Angin - ialah kejadian gumpalan angin lendir bertoksik yang mengeras dan berlegar di dalam perut.


"Set Berpantang Keguguran"

Bagi yang ingin berpantang keguguran,  saranan agar menggunakan
Set Berpantang Keguguran Shaklee  kerana fungsi dan keberkesanannya untuk menyembuhkan organ dalaman serta membantu memberi kehamilan semula yang berkualiti sekaligus dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang.

 

Saturday 19 July 2014

PAKEJ URUTAN TERRA TERRA MASSAGE

Posted by Chempaka Beauty at 01:04 0 comments
 
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN HARGA ALA CARTE PER HARI SET ASAS SET LENGKAP PAKEJ EMAS
PAKEJ TERRA TERRA PAKEJ NILAM PAKEJ DELIMA PAKEJ ZAMRUD PAKEJ BERLIAN PAKEJ AMBER (Urutan Penutup Pantang)
1 Urutan Dalaman Wanita RM59.00             1 hari - RM250.00
2 Bertungku sahaja RM39.00             Perkhidmatan yang disediakan:
3 Urutan Sengkak Perut RM39.00  
i.   Bertangas
4 Urutan Tradisional satu badan
        RM99.00
ii.  Bertungku
5 Bertungku & Iron satu badan RM50.00
iii. Urutan seluruh badan
6 * Bertangas Herba RM50.00
 
iv. Lulur Badan
7  Memakaikan Bengkung  
v. Mandi Bunga
8 Penyediaan Mandian Herba  
 
         √
9 Meletakkan Pilis           RM3.00
 
10 Sapuan losen/param di perut  
 
12 Lulur badan         RM60.00
 
13 Penyediaan  Makanan untuk Si Ibu  dalam pantang-Bahan makanan tidak disediakan         RM40.00      
         √
14 Memandikan bayi         RM15.00  
 
         √
15 Urutan, Tuam & Siapkan Bayi         RM15.00  
 
16 Membasuh pakaian bayi        
 
17 Membasuh pakaian  ibu        
 
18 Menjaga Bayi        
 
18 Menyiapkan Minum Petang Ibu          
 
BILANGAN HARI CAJ PERKHIDMATAN
1 hari   RM129.00          
3 hari     RM599.00 RM799.00      
5 hari     RM999.00 RM1,329.00      
7 hari     RM1,309.00 RM1,799.00 RM1,888.00 RM2,333.00 RM3,113.00
* Untuk pakej 7 hari ke atas sahaja
* Caj pengangkutan dikenakan bagi jarak melebihi 10km daripada Taman Tun Perak.
* Untuk pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Puan Zaliza -012 2253734/Puan Erin 013-3340134
 

Terra Terra Massage & Therapy Centre Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Bread Machine Reviews | Surviving Infidelity by Blogger Templates