Tuesday 8 July 2014

INFO-INFO DALAM PANTANG

Posted by Chempaka Beauty at 01:01

Makanan ibu dalam pantang dan info-info dalam pantang

Aspek yang perlu dititikberatkan semasa dalam penjagaan pantang adalah aspek pemakanan. Proses kehamilan ini telah menganggu keseimbangan hormon ibu dimana pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal yang begitu ketara.  Semasa melahirkan, tenaga dikerah dengan hebat dimana banyak urut saraf yang cedera dan terjadi luka dibahagian tertentu.
Terdapat banyak petua-petua orang Melayu antaranya ibu-ibu yang pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masim atau ikan panggang berkunyit dan air minuman hanyalah mengikut sukatan jari (iaitu dua ruas jari untuk sekali minum). Jika ini diamalkan ibu-ibu yang berpantang akan kurang zat dan kurang air. Akibatnya ibu-ibu akan akan terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Ini bukanlah cara Melayu tradisional tetapi sebahagian  cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
 Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

 

0 comments:

Post a Comment

 

Terra Terra Massage & Therapy Centre Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Bread Machine Reviews | Surviving Infidelity by Blogger Templates